jump to navigation

Nazrin : Hentikan politik keterlaluan – Meloya 17 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-120

IPOH 16 Mac – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa semua pihak menghentikan tindakan politik keterlaluan termasuk mengadakan perhimpunan haram kerana ia boleh mengheret negara ke kancah darurat ekonomi.

Menurut baginda, ketika ekonomi dunia diramalkan semakin teruk, rakyat wajar membuktikan kesetiaan dengan tidak melakukan sebarang tindak-tanduk yang boleh mencetuskan kacau-bilau kepada negara.

Titah baginda, sebagai bangsa beradab, orang Melayu perlu sentiasa menghormati institusi keluarga, masyarakat, agama dan institusi kerajaan beraja yang dijunjung selama ini.

Kah kah kah kah kah kah kah kah…

Nak termuntah teman mendengornya… Balik-balik hormat institusi raja…

Woiii Mat Lebong!!! Tu kerajaan Haram Jadah BN tu aper citer?

Sapa yang lantik MB Haram kalau bukan Raja sendiri… Ikut cara belakang… Main Belakang!!!

Rakyat marah (BACA MURKA) kepada institusi Raja kerana tak mendengar rintihan rakyat marhaen yang takde darah raja walaupun raja tu pun sama macam manusia biasa…

Hilang hormat kepada raja kerna zalim kepada rakyat…

Hilang daulat raja kerna langgar perlembagaan dan menipu rakyat…

Jangan Raja disumbat ke dalam Muzium Taiping kalau tiada pembetulan segera dilakukan terhadap institusi raja…

Kalau terus-terusan macam ni, Malaysia akan jadi sebuah negara republik macam Singapura… Raja suda tadaaa… Kah kah kah kah kah…

Masa tu padan muke kome woiii… Kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 0622 hrs

Analisis : SPRM – “Alat Pembersih Hampagas” “Etnik Pak Lah”? 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

Oleh Tok Selampit

Dalam keghairahan calon-calon Umno bertanding kerusi peringkat tertinggi, difahamkan bahawa Majis Tertingginya telah memutuskan beberapa (BACA: CALON KEM PAK LAH) telah dan sedang tak senang duduk ekoran laporan rasuah bertalu-talu sampai ke meja Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengikut perkiraan, kira-kira 20 nama besar Umno akan dihadapkan ke mahkamah yang tak diiktiraf, bukan setakat di Malaysia, malah di Flat Seri Kembangan pun tak ada kredibiliti… Kah kah kah…

Dari senarai nama-nama yang tercalon di atas, yang telah “mengesahkan” nasib mereka adalah seperti berikut:

1) Datuk Seri Azalina Othman Said – Calon Majis Tertinggi

2) Datuk Mohamad Norza Zakaria – Calon Majlis Tertinggi

3) Nama Tak Payah Sebut – Dia Sendiri Dah Cakap… Seorang bekas MB – Calon Ketua Pemuda… Kah kah kah kah…

Menurut seorang ahli Umno yang anti Pak Lah (tidak mahu namanya disiarkan), SPRM yang ditubuhkan di atas inisiatif Ahli Parlimen Kepala Batas akan “memakan” kembali keluarga, teman-teman dan penyokong Pak Lah yang akan turun dari takhta Presiden Umno akhir Mac ini.

Adalah dikatakan juga, kedudukan mereka ini dalam Umno akan dirombak selipat-lipatnya selepas Perhimpunan Agungnya bermula 24 Mac ini.

ahmad_said_picYang menjadi tanda tanya, mengapa semua nama yang disenaraikan itu berasal dari satu kem sahaja? Tidakkah ia menjadi pelik kem yang satu lagi seolah-olah “maksum” dan “kebal” dari sebarang pertuduhan?

Inilah yang menjadi debat hangat antara calon-calon yang bertanding oleh kerana ada yang terpinga-pinga, mereka yang hanya “menghulur” barang “sekupang dua” pun turut dicekup? Kah kah kah kah…

Sedangkan kem yang “seberang sana” pun bukan saja “menghulur”, malah turut “menyuap” sekenyang-kenyangnya “ketua bahagian yang lembu-lembu” yang didakwa Khir anak Toyol hilang dan berunsur rasuah itu.

Ini bermakna juga benarlah kata-kata YB Dato’ Mahfuz Omar bahawa Pak Lah sudah hilang kuku mengawal pergerakan Umno sekarang, seolah-olah peralihan kuasa secara “tak rasmi” telah pun berlangsung dengan jayanya oleh Najis “C4” Altantuya.

SPRM sebenarnya diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang terkenal dengan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ramai VVIP satu ketika dulu. Pak Lah telah mencadangkan dalam Parlimen tidak lama penubuhannya lalu.

Antara lain ia berfungsi sebagai badan penguat kuasa undang-undang dalam membanteras rasuah hingga ke lubang cacing (kununnya). Dan Pesuruhjaya dan ahli-ahli lembaga suruhanjayanya bertanggungjawab terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)!

Tetapi dengan proses peralihan kuasa yang dicanangkan oleh Kem Najis C4 itu, seolah-olah kewujudannya kini seperti “memerangkap” kem Pak Lah sendiri. Inilah yang diakui oleh seorang ahli Umno tadi bahawa sekarang seperti “pelanduk masuk jerat sendiri”.

Maka dengan kaedah perlaksanaanya juga diragui oleh kem Pak Lah, yang nampaknya tiada tindakan susulan terhadap laporan yang dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut. Apa dah jadi? Apa dah jadi?

Mungkin ini satu helah dan startegi politik kem Najis untuk mengurangkan “kuasa” Perdana Menteri sedikit demi sedikit. Tetapi harus diingat, Perdana Menteri masih Pak Lah dan apa saja kemahuannya selagi beliau memegang kuasa akan memberikan pukulan TKO kepada kem Najis yang tersangatlah ghairahnya mengambil alih tampuk kuasa.

Sedikit gusar kebelakangan ini juga, dikhabarkan juga Najis sendiri juga akan dihadapkan ke jawatankuasa tersebut dengan “Arahan Budak-Budak Tingkat Empat” dikepalai oleh bos besar Khairy Jamaluddin atau nama hensemnya KJ (Hensem kerr?). Mana tidaknya, pertuduhan kes Altantuya bersabit dengan kes blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) masih berjalan dan tidak lama lagi akan terlihat keputusannya.

Najis memasang startegi mengugut Pak Lah dengan cara halus-halusan, iaitu kekalahan berturut-turut di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu tempoh hari. Ditambah dengan kejayaannya menjatuhkan kerajaan Perak hanya dengan bantuan ADUN KATAK LOMPAT! Ini sudah cukup kiranya Najis memberi amaran dalam diam. SENYAP WAHAI PAK LAH!

Tetapi dengan kehadiran SPRM berwajah serba nan baru itu memberi pula satu pukulan maut Pak Lah kepada Najis… Kah kah kah kah… Amaran demi amaran oleh Pesuruhjaya “Anak Tokan Video Lucah” Ahmad Said Hamdan mematikan langkah Najis barang seketika. Kes Altantuya jauh dari selesai, walaupun Razak Baginda dibebaskan. Inilah yang menggusarkan kepala hotak Najis dan Bik Mama a k a Rosmah Mansor bahawa sekiranya pendedahan akhbar Perancis “Liberation” terbukti benar, maka bolehlah diucap “Selamat Jalan Kerusi PM” kepada mereka berdua.

Tak lama lagi, malah diura-urakan dalam masa terdekat, yang disenarai hitamkan akan menemui nasib masing-masing. Kerjaya politik dalam parti dan kerajaan menjadi pertaruhan besar. Didapati salah, hukuman pancung akan dilaksanakan. Jenis-jenisnya seperti di bawah:

1) Diberi amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan selepas ini

2) Hilang kelayakan bertanding mana-mana jawatan tertinggi selama sepenggal (3 tahun)

3) Digantung dari menjawat jawatan dalam parti selama sepenggal (3 tahun)

4) Didakwa di mahkamah terbuka (sivil) dengan pertuduhan diserahkan kepada SPRM sendiri

5) Digantung keahlian selama sepenggal (3 Tahun), atau jika serius, dipecat dari Umno sendiri

Apakah Najis berjaya mengharungi badai ombak ganas dalam tempoh tak sampai LAPAN HARI LAGI?

Apakah Pak Lah tidak akan menyerah begitu mudah, walaupun dalam pertemuan empat mata dengan Anwar dia dah mengaku kalah?

Berjayakah SPRM melaksanakan “kerja-kerja pembersihan seperti yang diarahkan”? Dari kem Pak Lah ATAU kem Najis sendiri yang merasa bahangnya?

Apakah tindakan Pakatan Rakyat diketuai Anwar Ibrahim menghalang  kemaraan kem Najis berjaya dengan pendedahan Liberation minggu lalu?

Tunggu dan lihat perkembangannya… Ada sesuatu “menanti” Najis dan kuncu-kuncunya… Jeng Jeng Jeng

TERKINI!!!

ADA CALON JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIGANTUNG!

SEBUAH AKHBAR CINA EDISI PETANG MEMAKLUMKAN SEBENTAR TADI BAHAWA ADA CALON TMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIGANTUNG KEAHLIAN SELAMA TIGA TAHUN!

“SMS ALERT” TELAH DIHANTAR MENYATAKAN BAHAWA SEORANG! CALON TMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIGANTUNG MENGIKUT SYOR JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO!

SIAPA?? MUHYIDDIN? ALI RUS SETEM? ATAU MAT TAISON?

Lihat pendedahan dan sidang akhbar esok… Siapa yang kenaaaa… Kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 2134 hrs

TERKINI!!! Kes ADUN Lompat Katak ke Mahkamah Persekutuan Pulakkk… 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram16

IPOH 16 Mac — Mahkamah Tinggi di sini akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya, demikian menurut seorang peguam hari ini.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, seorang daripada peguam yang mewakili tiga anggota dewan itu yang kedudukan mereka menjadi persoalan, berkata Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan tiga wakil rakyat bebas itu untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan isu perlembagaan berhubung saman yang mereka failkan untuk mengisytihar sebagai tidak sah satu keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mengenai kedudukan mereka.

Kah kah kah kah kah kah kah…

Woiii… Bukan ke SPR cakap takde kekosongan DUN? Apanama, apanama, apanama… Kah kah kah…

SPR skang kan dah setaraf Mahkamah… Buat apa lagi nak pegi Mahkamah? Kah kah kah kah…

Ni betul-betul Raja Lawak punyer citer… Kalah Sepah… Kah kah kah kah kah…

Dah kata dah, keputusan YB Speaker tak boleh dicabar kat Mahkamah mana pun…

Mahkamah takde bidang kuasa mencabar keputusan YB Speaker, hatta disebut dalam Mahkamah pun dah menghina YB Speaker… Kah kah kah kah kah…

Abis laa MB Kudeta Zambry Mamak sekupang… Abis laaa… Abis laaa… Kah kah kah kah…

Kah kah kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 2032 hrs

TERKINI!!! Nizar Berjaya Pusingan Pertama – Bernama 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-119

KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk merujukkan saman beliau terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, kepada Mahkamah Persekutuan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, memberitahu bahawa mereka juga memfailkan notis usul bagi penangguhan prosiding untuk merujukkan kes itu kepada Mahkamah Persekutuan, yang dijadual didengar Jumaat ini.

nizar-011Notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, manakala notis usul itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi ini, kata Amer Hamzah.

Pada 6 Mac, Hakim Lau Bee Lan, memutuskan terdapat isu berperlembagaan membabitkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan pada 10 Mac menetapkan bahawa terdapat empat persoalan perlembagaan perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan semakan kehakiman pada 13 Februari, memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. – Bernama

Kah kah kah kah kah kah… Undang-undang tetap undang-undang…

MB Kudeta macam cacing kepanasan… Kah kah kah kah kah…

Mari kita tengok sapa yang kena sapa… Kah kah kah kah kah…

Mari kita tengok sapa yang “terkena”… Kah kah kah kah kah…

Buleh kita “kira turun” hari-hari terakhir seorang Kudeta…

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 1543 hrs

ZALIM!!! Gobind Digantung Setahun!!! 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-118

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama setahun diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.

Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli parlimen membahaskan usul tersebut.

Usul dibentangkan terhadap Gobind kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kah kah kah kah kah kah kah… Memang gilaa… Memang gilaaa…

Kah kah kah kah kah kah kah… Yang Mencari Keadilan DIGANTUNG…

Kah kah kah kah kah kah kah… TAPI YANG MEMBUNUH DILEPASS…!!! Magik!! Memang Magikk!!!

Makin rosak laa imej Malaysia… Makin rongak laa sistem undang-undang…

Mentang-mentang takde mahkamah yang boleh cabar keputusan, sesedap rasa hukum orang yang tegakkan keadilan…

Parlimen Malaysia dah jadi ZOO!!! Pakai undang-undang rimba, hutan Sri Aman!!!

Kah kah kah kah kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 1407 hrs

Prof Kang Kong didakwa! Kah Kah Kah – mStar 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

KLANG: Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Dr. Rustam Abbas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan surat penyambungan kontrak perkhidmatan atau pinjaman sebagai Timbalan Naib Canselor Unisel yang palsu, dua tahun lepas.

Rustam, 51, yang dihadapkan ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi klguniselmengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah sebelum minta dibicarakan.

Pertuduhan menyebut, Rustam didakwa dengan curangnya telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat bertarikh 28 Disember 2006 bertajuk “Penyambungan Kontrak Perkhidmatan/Pinjaman Sebagai Timbalan Naib Canselor, Universiti Industri Selangor” yang beliau mempunyai sebab mempercayai pada masa menggunakan dokumen itu ia adalah palsu.

Rustam yang kini pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia Unisel, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 12 Julai 2007.

Kah kah kah kah kah kah kah kah…

Tu diaaa… Ni rupa muka kang kong busuk hasil produk Sintok…

Kah kah kah kah kah kah kah kah…

Sikit lagi buleh masuk BN jadik calon… Sessuuwwaaiii sangat!

Ciri-ciri Kang Kong, muka skema baek punya, kaki lebong… Tipu sain lagi Umno sukkkaaa… Kah kah kah kah kah…

Kena belajar dengan mat misai NC UiTM camana nak jadi calon Umno… Kah kah kah kah kah…

Ada ati nak jadi Ketua Menteri Melaka tuurrrrr…

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 1300 hrs

HOT! HOT! Kisah Jamal dan Osman… – Perisik Rakyat 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-117

So… hangpa dah tengok teks ucapan Osman Jailu dalam blog Albanjari? Kat [sini], [sini] dan [sini]?

Jadi aku nak cerita sikit tentang ucapan tu. Sebab Albanjari cuma dapat smuggle teks ucapan tu… Tapi dia tak berapa tau orang-orang dibelakang Osman Jailu.

Albanjari tulis, “Kata sahabat wak, ciberboron – aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je.”

Memang betul... Teks ucapan tu ada lambang negeri Perak sebab ditulis di Pejabat Menteri Besar Haram. Penulis teks ucapan tersebut ialah Setpol Zamry… Hamdan Taha. Nak harapkan Osman buat ucapan? Banyak tanda titik macam cara aku tulis… sebab dia gagap.

Pada muka surat pertama ucapan tersebut. Osman mengucapkan terima kasih kepada Pekida Malaysia dan kalau hangpa nak tau, Osman cuma berani balik disebabkan dia mendapat perlindungan Pekida. Kalau tak dak Pekida… hangpa ingat dia berani balik ka? Dan hari tu juga, dia kena keluar RM30,000 ringgit dan dua ekor lembu untuk dikorbankan. La ni baru ada akai.

Dulu masa jadi EXCO PR… orang tolong dia. La ni, nak buat apa pun semua pakai duit. Tak sampai setahun, habih la 2-3 juta yang dia dapat tu. Lepas tu… balik jual bundle.

Dalam muka surat pertama juga, di tempat dimana Albanjari meletakkan perkataan HOT!!!, ada tertulis nama “Rakan-rakan yang berhormat, Yg Berbahagia, Tuan Jamaludin Yusof” (Perhatikan diatas garisan hitam).

Siapa Jamaludin Yusof? Ini adalah Ketua Bahagian PKR Kuala Kangsar. Hari tu aku ada tulis tentang beberapa Ketua bahagian PKR yang telah berjumpa Osman dan Jamaludin, dan aku tak pasti mereka ini menyokong Jamal dan Osman…

Tapi ada agenda tersembunyi mereka yang aku akan cerita kemudian nanti. osman-jailu-01Bukan Jamaludin Yusof saja… Ada lagi Ketua Bahagian PKR yang secara diam-diam telah berjumpa Jamal dan Osman untuk merencanakan sesuatu. Yang ni tunggu dulu… Ada dua tiga perkara lagi yang aku kena settle, sebab perkara ini melibatkan kepimpinan tertinggi PKR. So… Kalau hari tu aku kata aku dah tak minat dengan krisis Perak… Ada sebabnya.

Dalam muka surat 5, Osman berkata… ” sekarang Pakatan Rakyat berada di kemuncak, BN berada di ambang kematian dan kepupusan. Adalah kerugian bagi saya menyokong BN dan menjadi ADUN Bebas…”

Aku tak mau kata Osman ni bodoh… sebab dia memang bodoh.

Dan dalam muka surat 6 dan 7, Osman menyalahkan hampir keseluruhan kepimpinan Pas, DAP dan PKR… kecuali dirinya dan Jamaludin. Dan sebab utama mengapa dia keluar dari PR adalah kerana tidak mampu menjalankan amanah dengan baik kerana pentadbiran mempunyai kepincangan yang amat jelas. Dan dia cukup marah dengan Nizar, Ngeh dan Nga.

Sebenarnya… Osman ni bukan tau apa… Dia cuma Pak Turut kepada Jamaludin. Osman digunakan oleh Jamaludin sebagai rakan untuk mengugut Nizar, Ngeh dan Hj. Ismail. (Masa tu Ketua PKR Perak)

Sebab utama Osman dan Jamal keluar PR dan jadi ADUN bebas bukan pasai lain.. tapi pasai balak. Aku dah tulis benda ni… Lama sebelum krisis Perak berlaku. Bulan Disember tahun lepas.

EXCO PKR yang aku katakan mendapat kawasan balak dan kemudian diberikan kepada Raja Ahmad… Adalah Kapt. (Bodoh) Osman.

Dan sebab mengapa Nizar menolak permohonan balak yang dibuat oleh Osman telah aku tulis pada perenggan terakhir tersebut.

Dalam muka surat 8, Osman menyalahkan pemimpin negeri PKR yang mahu menyingkir mereka. osman-01Aku tau… dia menyalahkan Hj. Ismail kerana Hj. Ismail merupakan Ketua PKR negeri masa itu. Tapi adakah ini sebabnya? Osman dan Jamaludin telah melobi Anwar melalui Hj. Osman dan Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dari jawatan Ketua PKR Negeri. Dan Anwar telah menurut nasihat Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dan menggantikan beliau dengan Hj. Osman.

Adakah Hj. Ismail yang menyingkir beliau atau mereka yang berjaya menyingkir Hj. Ismail? Hj. Ismail telah pun tersingkir hasil komplot Kapt. (bodoh) Osman, Jamaludin, Hj. Osman dan Azmin. Kapt. (bodoh) Osman nak apa lagi? Hj. Osman pun dah dapat jadi Ketua PKR Perak, Jamaludin pun dah dapat jadi Timbalan Ketua PKR Perak… Nak apa lagi? Kalau pun Hj. Ismail nak lawan Kapt. Osman… lawan la. Pasai apa sampai nak keluar PR?

So… ini bukan soal politik dalam parti. Bukan soal Hj. ismail nak singkir depa atau tidak… tapi pasal ketamakan dalam merebut konsesi balak. Aku berani kata, Jamal dan Osman pernah pergi berjumpa Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri… minta diluluskan permohonan balak mereka.

Malah mereka pernah menggunakan nama kerabat diraja untuk memohon kawasan balak, tapi disekat oleh Nizar. Nizar melakukan ini kerana permohonan sebelum ini telah diberikan kepada orang Umno, bukan untuk membantu parti. Malah Osman dan Jamal menggunakan nama parti untuk memohon kawasan balak, tapi bila dapat… Depa pulun sorang tanpa memberikan sesen pun pada parti. Yang depa tau… tambah bini.

Tak cukup dengan kuota bini yang halal… depa buat yang haram.

Osman dan Jamal marah kat Ngeh dan Nga… bukan pasai depa ni perjuangkan melayu… ptuih!

Nga pernah terserempak dengan Jamal di Grand Season Hotel bersama dengan seorang perempuan Cina yang seksi. Bila di tanya oleh Nga, Jamal kata itu bukan isterinya tetapi girlfriend. Nga marah kat Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan bertentangan dengan ajaran Islam!

Malu aku nak cerita… Bila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina.

Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral… pasal ugama.

Dan dalam muka surat 10, Osman menuduh mantan Pengerusi Perhubungan Negeri (Hj. Ismail la tu) sebagai dalang untuk menjatuhkan mereka.

Yang ni ada cerita hot. Aku dah kata… Kapt. (B) Osman ni bukan tau apa. Tu pasai ada perkataan (B).

Usaha untuk menyingkir Osman dan Jamal dari PKR dibuat oleh pemimpin atasan PKR. Aku pun pernah tulis, krisis perak ini seolah-olah bukan disebabkan oleh Umno… tetapi dirancang oleh sekelompok kepimpinan PKR.

Tinggal lagi, perancangan itu menjadi out of control. Aku tak boleh cerita sekarang… tapi bagi sapa-sapa yang tau cerita dalaman PKR bahagian Tanjung Malim sekarang, sudah tentu boleh mendapat clue.

PKR Bahagian Tanjung Malim sekarang menjadi rebutan dua tiga orang pemimpin PKR. Hangpa cari la sendiri buat masa ini. Aku tengah sebok nak berkampung di Bukit Gantang… nak sediakan beras dan gula untuk member-member blogger yang nak berkampung di sana. Dah relax sikit nanti… aku sambung balik… kalau sempat la.

Kalau Najib jadi PM… mungkin kami pun ikut Anwar masuk penjara. Kalau Najib terlungkup… ha… ha… ha. aku boleh buat buku tentang bagaimana Jamal dan Osman diperbodohkan.

Dipetik dari Perisik Rakyat – Maaf, ayat berterabur sikit…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 0655 hrs

Bik Mama – Saya Manusia Biasa… – Malaysiakini 16 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-116

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau “terkejut” dengan serangan-serangan musuh politik yang cuba mengaitkan beliau dan suaminya, dengan satu kes pembunuhan sensasi.

Tetapi isteri Datuk Seri Najib Tun Razak – yang bakal dilantik sebagai rosmah-bakal-pmperdana menteri bulan depan itu –  menolak tanggapan bahawa tuduhan tersebut boleh menyelubungi pentadbiran suaminya dan berkata pengalaman membuat mereka menjadi lebih tabah.

“Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang ain sengsara,” katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini.

Kih kih kih kih kih kih… Bakal PM baru keluarkan titah perintah…

Kui kui kui kui kui kui… Bakal PM baru dah pandai bermadah seloka…

Aku Hanya Manusia Biasa… Aku Bukan Musuh Hartaaa… Kah kah kah…

Aku Hanya Manusia Biasa… Aku Bukan Orang Mongoliaa… Kah kah kah…

Aku Tak Mau Harta Berjutaaa… Aku Hanya Mencari Al-Ghazali…

Woiii!!! ALTANTUYA! ALTANTUYA! ALTANTUYA!

Hancho Malaysia kalau ini PM nyerr… The Bik Mama Show… Kaming Suuun… Kah kah kah kah kah…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 0544 hrs

PENGECUT!! PENGECUT!! PENGECUT!! 15 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

kerajaan_haram-115

“Plak Peringatan Pokok Demokrasi” yang menjadi igauan dan hantuan kerajaan haram BN akhirnya dirobohkan secara rakus pagi ini.

plak-hilang

Janganlah gunakan undang-undang yang tak masuk akal untuk merobohkan plak itu kununnya menghalang tempat awam.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah…

Sungguh tak masuk akal waras. Sebabnya Umno memang dah takde akal betul lagi… Kewarasan mereka hilang dek takutnya pemimpin Pakatan Rakyat membongkar penipuan BN…

Apalah dosa plak yang bersejarah itu. Di sana tercipta sejarah Malaysia selama-lamanya buat pertama kali persidangan DUN diadakan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat sepatutnya.

Biarlah… Insya-Allah, simbol perkosaan demokrasi ini akan tertegak jua.

Biarlah Sultan Perak a k a Sultan GAMUDA lihat sendiri betapa Perak mengulangi sejarah 1874 apabila menjadi negeri PERTAMA menerima British sebagai penasihat negeri.

Biarkan, biarkan luncai terjun dengan labu-labunya…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 1517 hrs

Poster PRK Bukit Gantang… Kah kah kah… 15 Mac 2009

Posted by chean78 in Uncategorized.
add a comment

Dipetik dari laman YB Titi Serong Idham Lim…

Nota: Pastikan anda telah “membuang” dulu, kalau tak sembelit…

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah…

100_6041

100_60471

100_6049

100_6052

100_6044

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH…

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!

diterbitkan jam 0733 hrs